GANGGUAN BEKALAN AIR MULAI 3 MAC – 9 MAC 2018
“PEMBERITAHUAN PENTING”
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
KHASNYA PEMILIK / PENDUDUK PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Adalah dimaklumkan bahawa kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam kita ini terlibat dalam kerja-kerja pembaikan kritikal oleh pihak SYABAS selama 4 hari mulai 6 Mac 2018 hingga 9 Mac 2018 .
BERIKUT ADALAH KENYATAAN DARI FACEBOOK SYABAS:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) akan menjalankan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal pada 6 Mac 2018 untuk tempoh 10 jam. Oleh itu, beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara.
Kerja-kerja pembaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya. Ketika ini, loji menghasilkan 800 hingga 820 juta liter air sehari (JLH). Dengan jumlah sebesar ini, tempoh pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.
Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 6 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, sila layari laman web kami di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi “mySyabas”.
HARAP MAKLUM