*JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KE-16 (AGM 16) BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE*
[WB21/12/24]

Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 18hb Januari 2025
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 Pagi – 1:00 Tengah hari
Tempat : DE PALMA HOTEL SHAH ALAM (DEWAN BALLROOM 2) Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Hanya unit yang telah menjelaskan Caj Penyelenggaraan mereka sehingga DISEMBER 2024, akan dibenarkan untuk menghadiri Mesyuarat Agung tersebut.
Juadah makanan, booklet, saguhati dan sesi “lucky draw” turut disediakan.
Agenda bakal membincangkan perlantikan wakil bagi Pengurusan 14 blok seperti termaktub dalam Akta Pengurusan Strata 757, di mana 25% pemilik-pemilik unit setiap blok telah memiliki geran strata individu.
Kegagalan melantik wakil blok boleh mengakibatkan sesebuah blok tersebut bakal diambil alih oleh Pengurusan lantikan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Oleh yang demikian kehadiran pihak tuan/puan sebagai pemilik unit amat kami harapkan memandangkan Mesyuarat Agung kali ini amat penting bagi masa depan dan halatuju Pengurusan JMB PK SEK 7 COMMITTEE dan juga Pengurusan Baharu Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Turut disertakan pautan *Surat Jemputan Mesyuarat Agung JMB tahun ke 16* sebagai rujukan.
Sila Klik Pautan Ini : https://drive.google.com/…/10cHDgWQNREkcD…/view…
Sekian, Terima kasih.