JEMPUTAN PROGRAM GOTONG-ROYONG (SPRING CLEANING) DAN ADVOKASI DENGGI DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera
Tuan/puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama “PK Sek: 7 Committee” dan COMBI Komersil A & B akan menjalankan program seperti di atas bersama Non-Resident UITM (NR UITM), Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam (PPPKS7), PKD Petaling, MPP Zon 3 dan MBSA.
Oleh yang demikian, kami menjemput pihak tuan/puan untuk turut menyertai program tersebut. Berikut adalah ketetapan program:-
Tarikh : 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Hadapan Pasaraya Giant; Tempat Letak Kereta, Surau As-Siddiq, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
Diharap kerjasama dan penglibatan dari pihak tuan/puan akan menyemarakkan lagi program ini.
“Bersama kita hapus Aedes, cegah denggi!”