KATA-KATA ALUAN PEMANGKU PENGERUSI MERANGKAP BENDAHARI
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

 ENCIK SAHARUDDIN BIN LIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk, pemilik unit pangsapuri dan kedai Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA dapat kita berkumpul di Mesyuarat Agung Tahunan JMB PK SEK:7 COMMITTEE (JMB PKS7) Kali ke-7 Tahun 2015 yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Noryzal bin Zainal Abidin, Pengerusi, Majlis Penduduk Zon 3 (Ahli Majlis MBSA).
Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga JMB PKS7 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’-Dato’, tuan-tuan, puan-puan pemilik unit kedai dan kediaman sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Terima kasih kepada semua jemputan kerana sudi hadir. Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh Berbahagia Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjadikan pemangkin untuk kami terus bergerak dengan lebih maju lagi.
            Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini juga, JMB PKS7 ingin merakam penghargaan yang setingi-tingginya kepada bekas Pengerusi JMB PKS7, Tuan Haji Shahril bin Sahodin yang telah mencurah khidmat bakti kepada JMB PKS7 sejak tahun 2008 sehingga 2014. Di bawah pentadbiran beliau, JMB PKS7 telah berkembang pesat daripada bermodalkan RM10,000 untuk mengurus JMB PKS7 pada awal tahun 2008 sehingga mampu berdiri kukuh pada hari ini. Jasa dan khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang sebagai perintis dan pengerusi JMB PKS7.
            Mesyuarat pada tahun ini akan disusuli dengan pemilihan ahli Jawatankuasa JMB PKS7 bagi penggal 2015 – 2017.  Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penggal 2012 – 2014 di atas komitmen yang telah diberikan. Saya amat berharap agar barisan ahli jawatankuasa yang baru juga akan dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan melaksanakan mandat yang diamanahkan bagi menzahirkan visi dan misi JMB.
  
            Sepanjang tahun 2012 – 2014, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan bersama MPP Zon 3, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Unit Non-Residen UiTM, MBSA, Persatuan Penduduk Pusat Komersil  Seksyen 7 dan lain-lain NGO telah berjaya dijalankan. Diantaranya ialah aktiviti membenteras denggi. Pusat Komersil Seksyen 7 telah mencatat kes denggi yang tinggi. Dalam tempuh antara Ogos 2014 sehingga Januari 2015 sebanyak 220 kes telah dicatatkan. Pihak JMB PKS7 amat berharap agar pemilik dan penyewa dapat memastikan kebersihan dan tempat
pembiakan nyamuk aedes dapat dimusnahkan bagi membendung gejala demam denggi dari terus menular. Bagi pihak JMB pula akan memastikan kawasan gunasama seperti ‘airwell’ dan lain-lain diselengara mengikut jadual.
JMB PKS7 juga telah berjaya menaik taraf laluan tangga dengan memasang jubin (tiles) di laluan tangga semua blok kecuali Blok A dan Blok B. Projek naik taraf ini tentu telah memberi nilai tambah kepada unit-unit terlibat. Pihak kami juga berharap pemilik Blok A dan Blok B dapat turut sama dalam fasa naik taraf laluan tangga yang seterusnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa dan juga staff yang begitu bersemangat menjayakan aktiviti dan program yang telah dijalankan. Semoga kerjasama yang baik dan usaha bersungguh-sungguh ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
             Bagi tahun 2015 ini juga Akta 757 (Akta Pengurusan Strata 2013) akan berkuat kuasa bagi mengantikan Akta 663 (Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelengaraan dan Pengurusan) 2007). Adalah diharap dengan penguatkuasaan akta ini maka pentadbiran JMB PK7 akan lebih lancar dan berkesan.  Pihak JMB PKS 7 juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi kediaman bertingkat. Ini tentu memberi sedikit kelegaan kepada kita semua dalam menghadapi situasi ekonomi semasa.
Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak warga JMB PKS7 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Tuan Haji Noryzal bin Zainal Abidin, Pengerusi, Majlis Penduduk Zon 3  kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan JMB PKS7 tahun 2015.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pemilik unit serta mana-mana individu yang secara langsung atau tidak langsung yang telah sama-sama menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran bagi menjayakan mesyuarat agong tahunan pada kali ini.
Sekian, Selamat Bersidang dan Selamat Maju Jaya
Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatuulahi Wabaraktuh.
Terima kasih.
SAHARUDDIN BIN LIN
Pemangku Pengerusi
Merangkap Bendahari
BADAN PENGURUSAN BERSAMA

JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” (JMB PKS7)

————————————————————————————————————————–

MINIT MESYUARAT

AGENDA
1.0          UCAPAN ALUAN PEMANGKU PENGERUSI

1.1          Saharuddin bin Lin selaku Bendahari JMB turut memangku jawatan Pemangku Pengerusi JMB sejak Februari 2015 berikutan Pengerusi JMB sebelum ini; Hj Shahrir bin Shahodin telahpun menjual unit rumah beliau dan tidak melayakkan beliau untuk terus memegang jawatan tersebut.

 

1.2          Saharuddin bin Lin mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Noryzal bin Zainal Abidin selaku Ahli MBSA (MPP Zon 3), Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan iaitu Encik Noranizam bin Alias dan pemilik-pemilik serta proksi-proksi (wakil) pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

1.3          Saharuddin bin Lin turut memaklumkan bahawa jumlah kehadiran bagi mesyuarat kali ini adalah 24 Orang pemilik dan 1 orang proksi daripada 272 orang pemilik yang layak mengundi pada kali ini. Merujuk Akta 663, korum ialah ¼ daripada pemilik yang layak mengundi iaitu 68 orang. Jika selepas ½ jam korum masih belum mencukupi, maka jumlah yang hadir boleh membentuk korum untuk memulakan mesyuarat.
2.0          PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT
2.1          Mohd Razib Bin Mustafa mencadangkan Azminudin bin Nawawi sebagai Pengerusi Mesyuarat. Disokong oleh majoriti tetamu yang hadir.
2.2          Mohd Razib Bin Mustafa mencadangkan Syamaizar bin Abu Bakar dan sebagai Pencatat Minit Mesyuarat pertama. Disokong oleh majoriti tetamu yang hadir.
2.3          Syamaizar bin Abu Bakar pula mencadangkan Shamsul Fariz bin Salimin
sebagai Pencatat Minit Mesyuarat kedua. Disokong oleh majoriti tetamu yang hadir.
2.4          Azminudin bin Nawawi memulakan majlis dengan menjemput Imam Surau Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam iaitu Encik Sajuri membacakan doa selamat agar majlis ini mendapat keberkatan untuk semua dan berjalan dengan lancar.
2.5          Azminudin bin Nawawi meminta tetamu yang hadir supaya merujuk ‘booklet’ yang telah diberi sebagai panduan perjalanan majlis.
2.6          Azminudin bin Nawawi menjemput Saharuddin bin Lin selaku Pemangku Pengerusi agar memberikan sepatah dua ucapan permulaan majlis.
3.0          UCAPAN RINGKAS OLEH SAHARUDDIN BIN LIN (PEMANGKU PENGERUSI JMB)
3.1          Beliau memulakan ucapan dengan memaklumkan berkenaan Akta 663, Akta Bangunan & Harta Bersama yang selama ini menjadi rujukan dan panduan pihak JMB telahpun digantikan Akta 757, Akta Pengurusan Strata 2013. Telah Diperkenan Diraja pada 5 Febuari 2013 dan diwartakan pada 8 Febuari 2013. Akta ini dikuatkuasakan pada April 2015 dan ianya turut mengandungi tindakan tribunal dimana tuntutan boleh dilakukan bagi mencapai tujuan dan keputusan.
3.2          Isu denggi yang amat membimbangkan di kawasan sekitar terutamanya di seksyen 7, Shah Alam turut dikupas oleh beliau. Kes mencatatkan sebanyak 220 kes dengan 1 kematian (pelajar Unisel), 55 unit rumah turut disaman (RM 200.00 setiap rumah) oleh pihak berkuasa tempatan.
3.3          Tindakan pihak Pengurusan JMB mengambil tindakan menghantar NOTIS TUNTUTAN melalui peguam yang dilantik oleh JMB iaitu Shahrullah Khan & Mazri kepada pihak PCM BINA Sdn Bhd terhadap beberapa perkara iaitu:-
                                      i.        Penyerahan Audit Akaun
                                     ii.        Pemulangan Wang Deposit
                                    iii.        Pemulangan Yuran Penyelenggaraan & Sinking Fund
                                   iv.        Pemasangan Sistem Pintu Keselamatan/ Access Card
                                    v.        Pembayaran Bil Elektrik
3.4          Beliau turut memaklumkan kepada hadirin bahawa pihak JMB telah menghantar 3 orang termasuk beliau sendiri untuk menghadiri kursus informasi Goods & Sales Tax (GST) yang bakal dikenakan terhadap pihak pemilik melalui yuran penyelenggaraan dan Alhamdulillah kemudiannya mendapat berita TV3 bahawa GST tidak dikenakan terhadap yuran penyelenggaraan.
3.5          Berkenaan perkongsian kos sebanyak RM 250.00 Pemasangan Jubin/tiles tangga JMB bersama pemilik rumah, Jumlah yang dibilkan kepada pemilik rumah adalah sebanyak RM 266,000.00. Sehingga hari ini, hanya tinggal RM 129,900 amaun yang masih belum dikutip. Oleh yang demikian, pihak JMB telah berjaya mengutip RM 136,100.00 iaitu 51.16% daripada jumlah yang dibilkan.
4.0          UCAPAN OLEH ENCIK BADRUL WAKIL PESURUHJAYA BANGUNAN (COB MBSA)
Fokus utama ucapan ringkas beliau adalah berkenaan perihal denggi dan semakin menjadi-jadi; tindakan masyarakat dalam menjaga kebersihan dalam rumah, tindakan dan kerjasama pihak MBSA dalam menangani masalah tersebut dan aktiviti kemasyarakatan amat dititikberatkan.
5.0          UCAPAN OLEH HAJI NORYZAL BIN ZAINAL ABIDIN (AHLI MBSA MPP ZON 3)
5.1          Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan kepentingan penglibatan aktiviti bermasyarakat, peranan JMB dan komitment AJK.
5.2          Beliau turut membangkitkan isu parkir kereta yang menjadi masalah setiap penghuni dan Pihak MBSA bakal mengenakan caj parkir ditentang oleh Pihak JMB bersama Persatuan Penduduk dan Alhamdulillah kawasan ini tidak dikenakan caj parkir.
5.3          Isu denggi turut mendapat perhatian beliau. Beliau turut mencadangkan tindakan seperti kenderaan MBSA akan mengeluarkan bunyi nyamuk melalui pembesar suara bertujuan ingin memaklumkan kepada penghuni bahawa kawasan ini dilanda wabak denggi.
5.4          Beliau turut mencadangkan agar semua aktiviti menggunakan khidmat kontraktor menggunakan kontraktor JMB sendiri agar faedah/ keuntungan boleh disalurkan untuk aktiviti kebajikan JMB.
6.0          MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 6 (AGM) – 19 April 2014
Mohd Razib bin Mustafa meminta hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk booklet muka surat 6 – 13 dan sekiranya tiada sebarang masalah bolehlah meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke 6 (AGM) tersebut. Beliau turut menyatakan hanya pemilik yang hadir pada mesyuarat agung ke 6 tersebut yang boleh mencadang dan menyokong kelulusan.
Pecadang       : Ha Kee Yunn UG/17 blok P
Menyokong    : Roslan B. Razali X3/14-A blok K.
7.0          TAKLIMAT PEMANGKU PENGERUSI JMB PK SEK 7 COMMITTEE SESI 2014/2015
7.1       Polisi JMB
Dengan merujuk ‘slideshow’ yang telah disediakan sebagai pembentangan beliau telah menjelaskan tentang Polisi JMB dengan mengatakan bahawa Pihak Pengurusan JMB amat menitikberatkan soal pengurusan lebihan dana dan perbelanjaan yang akan datang. Akaun JMB turut berjaya diaudit setiap tahun tanpa gagal iaitu pada bulan April sebelum Mesyuarat Agung diadakan.
7.2       Akaun simpanan tetap dan semasa JMB
Beliau turut menyatakan pada 1 Mac 2015, baki untuk akaun simpanan JMB telah tersimpan di akaun tetap (fixed account) sebanyak RM 1,000,000.00 (RM 1 Juta) dan akaun semasa (current account) pula adalah sebanyak                     RM 290,000.00.
Ini membuktikan bahawa pihak Pengurusan JMB telahpun berjaya dalam membuat kutipan untuk penyelenggaraan dan ini semua adalah hasil kerjasama pihak penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua.
7.3       Penghargaan
Saharuddin bin Lin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pengerusi JMB iaitu Hj Shahrir bin Shahodin kerana jasa beliau selama menjadi Pengerusi sepanjang penubuhan JMB dari tahun 2008 sehingga berjaya mengumpul dana didalam simpanan tetap sebanyak RM 1 Juta. Jasa Puan Sarimah binti Lisut selaku bekas Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 3 turut dihargai.
Tidak ketinggalan beliau turut menyatakan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa JMB serta kakitangan yang mendukung semua aktiviti JMB sepanjang tahun 2014/2015.
Akhir kata beliau berharap agar pada masakini dan hadapan dapatlah bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan pusat komersil ini menjadi tempat tinggal yang selesa, bersih, ceria dan bukan sebaliknya.
           
8.0          MOHD RAZIB B. MUSTAFA SELAKU SETIAUSAHA JMB SESI 2014/2015 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENGURUSAN JMB (minta hadirin rujuk juga booklet muka surat 16 dan dengan pembentangan slide show sebahagian gambaran aktiviti pihak pengurusan sepanjang tahun).
8.1       Beliau memulakan pembentangan dengan membentangkan senarai ahli jawatankuasa JMB sesi 2014/2015 dan juga makluman kepada hadirin berkenaan mesyuarat yang telah diadakan sepanjang tahun.
8.2       Beliau turut membentangkan aktiviti peristiwa tahunan berpandukan slideshowyang telah dipamirkan kepada para hadirin.
8.3       Setelah selesai pembentangan tersebut, beliau menjemput En Tahir bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggaraan agar membentangkan aktiviti berkenaan perihal penyelenggaraan.
9.0          TAHIR BIN SALENG SELAKU AJK BERPORTFOLIO PENYELENGGARAAN JMB SESI 2014/2015 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENYELENGGARAAN JMB (minta hadirin rujuk juga booklet muka surat 17 sehingga 26 dan dengan pembentangan slide show sebahagian gambaran aktiviti pihak penyelengaraan yang telah dijalankan sepanjang tahun).
10.0       SAHARUDDIN BIN LIN SELAKU BENDAHARI JMB SESI 2014/2015 MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN JMB
(minta hadirin rujuk juga booklet muka surat 31 sehingga 55 dan dengan pembentangan slide show)
10.1       Laporan Juru Audit Luar
10.2       Laporan Kewangan JMB Tahun 2014 (Pendapatan & Perbelanjaan)
10.3       Perbandingan Kutipan & Perbelanjan (Status kutipan sehingga 31 Disember 2014)
10.4       Status Kutipan pada 3 Disember 2014 (Peratus baki penghutang)
10.5       Belanjawan 2015
10.6       Saharuddin bin Lin memohon hadirin meluluskan laporan kewangan tersebut bersama belanjawan yang telah dicadangkan dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan boleh bertanya terus dalam mesyuarat.
10.7       Mohd Sofian bin Abdul Rahman Proksi/ wakil pemilik X1/22-B blk K bertanyakan berkenaan maksud status kutipan 4% pada tahun 2008 – Jan 2009.
10.8       Saharuddin bin Lin menjelaskan bahawa  4% adalah bermaksud baki peratus kutipan penghutang yang pihak JMB belum kutip (baki RM 19,935.00); 96% telah berjaya dikutip oleh JMB.
10.9       Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q bertanyakan mengenai faedah disalurkan ke mana.
10.10    Saharuddin bin Lin menjelaskan ianya disimpan dalam simpanan tetap (fixed deposit) JMB
Cadangan meluluskan Laporan Kewangan
10.11    Pencadang      : Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D
Menyokong     : Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman Y1/5-A Blk F menyokong cadangan tersebut diluluskan
Majoriti hadirin bersetuju
Cadangan meluluskan Laporan Belanjawan 2015
10.12    Pencadang      : Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q
Menyokong     : Mohd Jamil Eshak AA4/46-b blk E menyokong cadangan tersebut diluluskan
Majoriti hadirin bersetuju
10.13    Wong Kon Seng bertanyakan tentang belanjawan RM 50,000.00 untuk pemasangan paip baharu.
10.14    Saharuddin bin Lin menjelaskan ianya adalah untuk membiayai kos penukaran paip-paip yang kerap bocor dan yang telah reput di atas bumbung bangunan. Tahun lepas tidak digunakan kerana pihak JMB telah mengeluarkan kos yang tinggi untuk membiayai kos pemasangan jubin/ tiles tangga.
11.0          PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN – PEMBUBARAN AJK
11.1       Azminuddin bin Mohd Nawawi mencadangkan pembubaran AJK.
11.2       Saharuddin bin Lin memaklumkan kepada hadirin bahawa pembubaran AJK yang akan dibuat tersebut adalah bagi sesi 2014/2015 dan menggantikan 3 orang AJK yang telah menarik diri iaitu Hj Shahrir bin Shahodin, Hj Nik Mohd Sanusi bin Nik Mustapha dan Won Kon Seng.
11.3       Pencadang: Mohd Razib B. Mustafa mencadangkan En Azminuddin bin Mohd Nawawi sebagai pengerusi sementara
Menyokong: Tahir bin Saleng menyokong cadangan tersebut.
Majoriti hadirin bersetuju
12.0       PERLANTIKAN JAWATANKUASA JMB SESI 2015/2017
12.1     CADANGAN PERLANTIKAN JAWATAN PENGERUSI JMB
Pencadang: Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan En Saharuddin bin Lin dilantik sebagai Pengerusi JMB sesi 2015/2017.
Menyokong: Mohd Sofian bin Abdul Rahman proksi X1/22-B blk K menyokong cadangan tersebut.
Ahmad Azam bin Ismail X4/22-B blk K mencadangkan cadangan ditutup.
Majority bersetuju.
12.2     CADANGAN PERLANTIKAN JAWATAN BENDAHARI JMB
Pencadang:Wong Kon Seng mencadangkan En Azminudin bin Nawawi dilantik sebagai Bendahari JMB
Menyokong: Sinaidah bt Aspar Y1/43-B blk G menyokong cadangan tersebut
Mohd Razib bin Mustafa mencadangkan cadangan ditutup.
Rahmat Rasul AA3/8-B blk D menyokong cadangan ditutup.
Majoriti hadirin bersetuju
12.3     CADANGAN MENGEKALKAN JAWATAN SETIAUSAHA DAN 4 ORANG AJK JMB TERDAHULU DIKEKALKAN
Pencadang: Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan agar mesyuarat dapat memutuskan 4 orang AJK JMB terdahulu dikekalkan
Menyokong: Majoriti hadirin bersetuju
12.4     CADANGAN PERLANTIKAN 3 ORANG AHLI JAWATANKUASA JMB YANG BAHARU
Pencadang: Mohd Razib B. Mustafa mencadangkan Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q dilantik sebagai AJK
Menyokong:  Saharuddin bin Lin menyokong cadangan tersebut
Pencadang:Tahir bin Saleng mencadangkan Rahmat Rasul AA3/8-B blk D dilantik sebagai AJK
Menyokong:  Hj. Nik Mohd Sanusi menyokong cadangan tersebut
Pencadang:Wong Kon Seng mencadangkan Ha Kee Yunn UG/17 blok P dilantik sebagai AJK
Menyokong:  Mohd Jamil Eshak AA4/46-b blk E menyokong cadangan tersebut
Pencadang:Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D mencadangkan Syarifah Alawiyah Y1/5-A Blk F dilantik sebagai AJK
Menyokong:  Mohd Razib bin Mustafa menyokong cadangan tersebut.
Pencadang:Rahmat Rasul AA3/8-B blk D mencadangkan Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D dilantik sebagai AJK
Menyokong:  Roslan B. Razali menyokong cadangan tersebut
Pencadang:Wong Kon Seng mencadangkan cadangan ditutup
Menyokong: Azminudin bin Nawawi menyokong cadangan tersebut
Majoriti hadirin bersetuju
           
5 CALON TELAH DIPEROLEHI TETAPI JMB HANYA MEMERLUKAN 3 ORANG SAHAJA MAKA, UNDIAN PERLU DILAKUKAN
                        Abdul Rahim bin Awang      =          16
                        Rahmat Rasul                        =          15
                        Ha Kee Yunn                          =          10
                        Norhayati bt Yusof               =          15
                        Syarifah Alawiyah                   =          12
            KEPUTUSAN PENJAWAT JAWATANKUASA JMB SESI 2015/2017:
                        PENGERUSI              :           SAHARUDDIN BIN LIN
BENDAHARI              :           AZMINUDIN BIN NAWAWI
SETIAUSAHA                        :           MOHD RAZIB BIN MUSTAFA
AJK 1                          :           TAHIR BIN SALENG
AJK 2                          :           NOORHAYATI BT MUHAMAD
AJK 3                          :           ROSLAN BIN RAZALI
AJK 4                          :           SYAMAIZAR BIN ABU BAKAR
AJK 5                          :           ABDUL RAHIM BIN AWANG
AJK 6                          :           NORHAYATI BT YUSOF
AJK 7                          :           RAHMAT RASUL
13.0       PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN / LAIN-LAIN HAL
ISU KEBOCORAN DALAMAN RUMAH/ KEDAI
13.1       Wong Kon Seng unit kedai mengalami kebocoran dalaman berpunca dari rumah atas dan memohon JMB menanggung kos pembaikan.
13.2       Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman Y1/5-A Blk F dan Ha Kee Yunn UG/17 blok P turut mengalami masalah yang sama dan ianya berpunca dari kebocoran paip dalaman milik rumah di atas. Berharap agar pihak JMB mengambil tindakan.
13.3       Azminuddin menjelaskan kepada mereka bahawa tanggungjawab pihak Pengurusan JMB mengikut AKTA 663 tidak termasuk dalam membaiki kerosakan dalaman pemilik.  Pihak JMB hanya boleh hadir memeriksa berdasarkan aduan dari pengadu dan untuk makluman hadirin ianya bukan tanggungjawab sebenar pihak JMB.
13.4       Sofian bin Abdul Rahman X4/22-B blk K mengalami masalah paip kumbahan tersumbat di dalam kedai XG/22 (Restoran Ayam Dara) dan melalui pemeriksaan pihak penyelenggara mendapati ianya mungkin berpunca dari paip dalam kedai. Kontraktor menguruskan hal sumbatan telah dipanggil oleh pihak JMB tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan. Beliau mencadangkan agar pihak JMB membuat paip baharu kerana ianya adalah paip bersama.
13.5       Azminudin bin Nawawi akan mendapatkan laporan lengkap dari pihak penyelenggara.
13.6       Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman Y1/5-A Blk F menyatakan agar pihak JMB dapat menangani masalah sumbatan mainhole yang kerap memberi impak/kesan terhadap pemilik tingkat 1. Beliau turut berharap JMB dapat membuat tindakan susulan terhadap perkara tersebut.
13.7       Ha Kee Yunn UG/17 blok P mencadangkan agar pihak JMB mengunakan sistem 60%  40% bagi menangani isu kebocoran paip
13.8       Hashim bin Yusof Y1/47-B blk G mengusulkan agar pihak JMB menyaman pihak pemaju di atas masalah yang sedia ada seperti structure design.
13.9       Hadirin sebulat suara bersetuju
13.10    Mohd Sofian bin Abdul Rahman Proksi/ wakil pemilik X1/22-B blk K mencadangkan agar pihak JMB membuat tangga dari dasar airwell hingga ke dalam bumbung bangunan agar memudahkan pihak penyelenggara melakukan kerja-kerja pembaikan paip bocor dan pencucian airwell.
13.11    Azminuddin bin Nawawi menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan ianya akan terdapat isu keselamatan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mungking menggunakan kawasan bumbung untuk memasuki rumah-rumah pemilik menggunakan tangga tersebut.
13.12    Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan:
13.12.1Pekerja Bangladesh JMB diberi baju/ uniform.
13.12.2Kempen parkir kereta di atas Bangunan parkir bertingkat
13.12.3Mewujudkan wakil setiap blok
13.12.4Isu Strat Title
13.12.5Nama Facebook ‘JMB Pusat Komersil’ dipanjangkan agar lebih
jelas lokasinya
13.13    Azminudin bin Nawawi menyatakan tiada masalah untuk pihak JMB menyediakan baju tersebut walaubagaimanapun terdapat isu permit yang dialami oleh pekerja tersebut. Perkara 13.10.1 – 13.10.5 akan diusahakan
 ——————
14.0       UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PENGERUSI
Saharuddin bin Lin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap hadirin kerana dapat bekerjasama melancarkan mesyuarat bagi mencapai sesuatu keputusan untuk kebaikan dan faedah bersama. Pihak hadirin juga dijemput untuk menjamu selera terhadap hidangan yang telah disediakan. 

————————————————————————————————————————

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN MESYUARAT